Header Ads

KGMMB setuju perlantikan Nurul Izzah


KESATUAN Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) menyambut baik pelantikan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET).

Loading...

Presidennya, Jasni Md Kechik berkata, Ahli Parlimen itu sebelum ini sentiasa mengambil berat mengenai pendidikan TVET dan membantu golongan muda merebut peluang pekerjaan termasuk dalam bidang keusahawanan.

“Sewajarnya semua Ahli Parlimen dalam kerajaan perlu aktif dan diberi tanggungjawab untuk membantu kerajaan dalam pelbagai bidang selain memberi perhatian di kawasan masing-masing,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengumumkan pelantikan Nurul Izzah yang berperanan menyediakan laporan untuk memperkasa dan menaik taraf TVET supaya setaraf dengan negara lain.

Jasni berkata, Nurul Izzah pastinya dibantu oleh pegawai di peringkat kementerian yang mahir dan segala maklumat dan sumber diperoleh akan dibawa ke pengetahuan Menteri Pendidikan untuk dibincangkan.

“Sekurang-kurangnya pihak Kementerian Pendidikan dapat meletakkan satu hala tuju dan matlamat yang lebih berkesan untuk diangkat setaraf dengan pendidikan TVET di Australia dan Jerman yang lebih maju untuk dijadikan contoh,” katanya.


Beliau turut menyangkal kenyataan dikeluarkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) yang tidak begitu yakin dengan Nurul Izzah.

“Kesatuan berkenaan boleh menyertai atau dipelawa dalam jawatan kuasa untuk membantu Kementerian Pendidikan menaik taraf sistem pendidikan khususnya TVET dan juga bahagian lain.

No comments

Loading...