Header Ads

Ketua kampung ganti Pengerusi MPKK dapat elaun RM500

Rina bercakap kepada media di sidang media mengenai penstrukturan semula Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Kementerian Pembangunan Luar Bandar, hari ini. - Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

PUTRAJAYA - Mesyuarat Jemaah Menteri, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bersetuju menstrukturkan semula jawatan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sebagai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Loading...

Menterinya, Rina Mohd Harun berkata, institusi JKKK memainkan peranan dalam menggerakkan komuniti kampung untuk melaksanakan pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan kampung.

Menurutnya, kuasa dan urusan itu masih dikekalkan di peringkat kerajaan negeri dan pentadbirannya bagi memastikan ia selaras dengan Tatacara Pengurusan MPKK yang ditetapkan oleh KPLB dan dasar kerajaan persekutuan berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

"Pemberian geran bernilai RM10,000 kepada MPKK diberikan bagi membiayai program-program berkaitan kesejahteraan dan keceriaan kampung.

"Bagaimanapun kaedah dan syarat-syarat permohonan akan dimuktamadkan oleh KPLB dalam tempoh sebulan termasuk mengkaji semula mekanisma geran bagi Pengerusi MPKK yang bukan di bawah Harapan," katanya dalam sidang media Khas di KPLB Putrajaya hari ini.

Rina turut memaklumkan, Pengerusi MPKK menerima elaun baharu iaitu RM500 sebulan, manakala jawatan setiausaha RM300, pengurusan mesyuarat RM 100 setiap mesyuarat dan kehadiran mesyuarat sebanyak RM50 yang akan memberi manfaat kepada 10,000 daripada 16,481 kampung di seluruh Malaysia.

Katanya lagi, beliau menyarankan 30 peratus anggota MPKK terdiri daripada golongan wanita selaras manifesto kerajaan Harapan yang ingin memperkasakan peranan wanita.


"Dalam pada itu, kami turut memutuskan pengurangan 13 biro di dalam MPKK kepada 11 biro sahaja termasuklah Biro Pembangunan Prasarana, Biro Keselamatan dan Kesihatan, Biro Pengursan Kewangan, Biro Ekonomu dan Keusahawanan, Biro Kesejahteraan dan Keceriaan, Biro Pendidikan dan Inovasi, Biro Pemantapan Spiritual, Biro Kebajikan dan Kesukarelawan, Biro Belia, Sukan dan NGO, Biro Infrastruktur dan Komunikasi Hal Ehwal Wanita dan Keluarga," katanya.

No comments

Loading...