Header Ads

Kes isteri 'curang' sudah selesai...

LAMAN sosial Facebook memaparkan kejadian seorang suami dilanggar kereta yang dinaiki isteri pertama yang tular sejak dua hari lalu.

POLIS mengesahkan video berdurasi 0.47 saat yang tular di laman sosial Facebook (FB) sejak dua hari lalu menunjukkan lelaki cedera akibat dilanggar kereta dinaiki isterinya adalah kes lama dan suspek sudah dikenakan tindakan.

Loading...

Video bertajuk Isteri curang bersama teman lelaki langgar suami sehingga koma, namun tiada tindakan daripada pihak polis itu mendapat kecaman netizen.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu Deputi Superintendan Barudin Wariso berkata, kejadian itu sebenarnya berlaku di Taman Cahaya Kristal, Bandar Baharu pada Ogos tahun lalu.

Menurutnya, laporan polis juga sudah dibuat isteri kedua mangsa mengenai ‘pergaduhan’ antara suaminya dengan isteri pertama.

“Dalam laporan itu, isteri pertama datang menaiki kereta Perodua Myvi dipandu anak saudara lelaki bersama ibu bapanya untuk berbincang hak penjagaan anak lelaki mereka berusia tiga tahun.

“Bagaimanapun berlaku pertengkaran dan mangsa melompat ke atas but bagi menghalang kereta dinaiki isteri pertamanya yang enggan berhenti.

“Kereta itu terus bergerak sejauh beberapa meter menyebabkan mangsa terjatuh dan cedera di kepala,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Barudin berkata, susulan laporan itu, pihaknya menjalankan siasatan sebelum menahan isteri pertama dan pemandu kereta terbabit.

“Pemandu kereta terbabit juga sudah didakwa mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera dengan perbuatan yang membahayakan nyawa manusia dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera dengan sengaja.


“Pada 27 Mac lalu Mahkamah Majistret Kulim menjatuhkan hukuman denda untuk kedua-dua pertuduhan terhadap lelaki terbabit yang kemudian membayar dendanya,” katanya.

Katanya, pihak polis turut memaklumkan kepada mangsa mengenai keputusan mahkamah serta tindakan yang sudah diambil.

“Oleh itu pihak polis ingin menasihati serta memberi amaran kepada orang ramai atau mana-mana pihak supaya tidak menular kembali video terbabit di laman sosial serta membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat,” katanya.

No comments

Loading...