Header Ads

Kes Altantuya: PDRM Teliti Cadangan Jawatankuasa Baharu


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti cadangan jawatankuasa baharu bagi memantau siasatan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, yang mati dibunuh di negara ini, pada 2006.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, jawatankuasa itu akan memantau pasukan polis yang bertanggungjawab menyiasat kes berkenaan sebelum ini.


Loading...
Pada masa sama, beliau berkata, saksi kes itu akan dipanggil semula, jika ada keperluan.

“€œKita tengok dulu arah tuju kes ini, sebab ini kes sudah dirujuk ke mahkamah sebelum ini.

“€œKita buat keputusan berdasarkan bukti baharu, kita akan dapatkan kertas siasatan yang saya tak pasti ketika ini berada di pihak PDRM atau Peguam Negara,”€ katanya pada sidang media Mesyuarat Tahunan Persatuan Bekas Polis Malaysia Kali Ke-40, di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Ditanya mengenai lokasi terkini saksi kes itu iaitu anggota polis, Deputi Superintendan Musa Safri, Noor Rashid difahamkan Musa masih berada di dalam negara.

“€œKita akan mengambil tindakan sewajarnya (panggil Musa untuk disoal siasat) mengikut keperluan.

“€œSudah tentu kita perlu bincang dengan Peguam Negara sebelum sebarang tindakan dibuat,”€ katanya.

Pada 20 Jun lalu, bapa model Mongolia itu, Dr Setev Shaariibuu membuat laporan polis bagi membolehkan kes pembunuhan anaknya dibuka semula.

Peguam Dr Setev, Ramkarpal Singh berkata, pihaknya berharap laporan itu akan membuka kembali kes berkenaan untuk disiasat secara menyeluruh termasuk mendakwa individu bertanggungjawab terhadap pembunuhan Altantuya.


Dalam perkembangan lain, Noor Rashid berkata, dakwaan polis Thailand mengenai penemuan 41 butir bom buatan sendiri di Narathiwat, dibawa dari Sungai Golok akan disiasat secara menyeluruh dan tindakan sewajarnya akan diambil jika terdapat bukti kukuh.

“€œKita ambil perhatian kenyataan dibuat polis Thailand, kita akan siasat atas alasan apa, dari mana sumber kenyataan polis berkenaan.

“€œKalau benar dakwaan itu, kita akan ambil tindakan susulan bagi memastikan negara ini tidak dijadikan sebagai pusat keganasan,”€ katanya.

Pada 21 Jun lalu, polis Thailand bom buatan sendiri berkenaan bersama alat peledak di dalam sebuah pikap yang ditahan dalam sekatan jalan raya di Kampung Saring, daerah Takbai, Narathiwat.

No comments

Loading...