Header Ads

Kes 1MDB: Bekas Pegawai Khas Najib Direman Tujuh Hari


PUTRAJAYA: Bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perintah reman dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, lapor Berita Harian.


Loading...

Jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata suspek yang juga individu pertama yang direman berhubung siasatan kes itu ditahan di ibu pejabat SPRM di sini pada jam 9.45 malam tadi ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, lelaki berusia 42 tahun itu dikatakan memegang jawatan pengarah di sebuah syarikat yang dipercayai menerima wang transaksi daripada 1MDB.

Katanya, suspek juga adalah ahli lembaga pengarah kepada sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), namun meletakkan jawatan pada 5 Jun lalu.

Suspek dikatakan berkhidmat dengan Najib sejak 2009.

No comments

Loading...