Header Ads

Loading...

Kementerian Siasat Tular Unsur Pembayaran Pertukaran Guru

 Dr Maszlee Malik - Foto: TMI

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan akan melakukan siasatan dalaman berhubung penularan mengenai terdapat unsur penipuan melibatkan pembayaran dalam urusan pertukaran guru di laman sosial Facebook sejak semalam.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, isu tuduhan tersebut adalah amat berat membabitkan integriti pegawai-pegawai di kementerian tersebut.

Loading...


"Saya mengambil serius isu tersebut dan memastikan mereka yang mengambil kesempatan dan menyalahgunakan kuasa akan diambil tindakan tegas.

"Kita nasihatkan guru-guru supaya terus berhubung dengan kementerian dan bukannya pihak luar atau ketiga bagi mengelakkan unsur-unsur penipuan berkaitan permohonan pertukaran guru," katanya selepas merasmikan Karnival Karangkraf di Kompleks Karangkraf di sini, hari ini.

Maszlee menegaskan, proses kelulusan pertukaran seorang guru berdasarkan kepada tiga kriteria utama iaitu Kepentingan Perkhidmatan, Kekosongan Perjawatan serta Keperluan Opsyen di sesebuah sekolah di negeri yang dimohon.

- Sinar Harian

No comments

Loading...