Header Ads

'Keadaan bayi lelaki kembali kritikal'


KEADAAN bayi lelaki yang dicampak dari tingkat dua sebuah bangunan di Jalan Hentian 4, Hentian Kajang pada Ahad lalu kritikal walaupun sebelum ini dilaporkan stabil.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Mohd Sabri Abdullah berkata, pihak polis masih menunggu laporan perubatan lengkap berhubung keadaan bayi itu.


Loading...

“Keadaan bayi itu masih kritikal. Kami masih menunggu laporan perubatan lengkap mengenai keadaannya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Sementara itu, lelaki yang menyelamatkan bayi berkenaan, Thayalan Paliandy, 33, atau lebih dikenali sebagai Ajey, berkata keadaan bayi terbabit kritikal dan tidak sedarkan diri.


“Bayi itu masih diletakkan di dalam inkubator memandangkan keadaannya kritikal dan belum sedarkan diri ketika melawatnya di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang, petang tadi.


“Doktor juga memaklumkan tidak banyak perkembangan mengenai tahap kesihatannya,” katanya ketika dihubungi.


Katanya, dia terharu dengan bantuan yang dihulurkan orang ramai terhadap bayi berkenaan.


“Saya dimaklumkan banyak pihak memberi sumbangan keperluan asas kepada bayi berkenaan.


“Malah, saya turut memberi lampin pakai buang kepada bayi berkenaan,” katanya memaklumkan meluangkan masa satu jam setiap hari untuk melawat mangsa terbabit.



NSTP melaporkan bayi lelaki itu dicampak oleh pekerja wanita warga Indonesia dari tingkap bilik air di tingkat dua sebuah bangunan di Jalan Hentian 4, Hentian Kajang, Ahad lalu.

No comments

Loading...