Header Ads

Kawad cam Siti Kasim tak jadi


SHAH ALAM - Peguam, Siti Zabedah Kasim memaklumkan bahawa kawad cam yang sepatutnya dijalankan ke atasnya pagi ini berhubung isu 'menculik' Anis tidak dapat dilakukan.

Beliau yang juga dikenali sebagai Siti Kasim dan juga merupakan aktivis kontroversi memaklumkan perkara itu menerusi sebuah rakaman video di Facebooknya.

Loading...

"Polis telefon saya pagi tadi menyatakan bahawa kawad cam yang sepatutnya  dijalankan pagi ini tak jadi.

"Dan saya nak terima kasih polis kerana bagitahu awal-awal... kalau tak saya gerak ke Kajang, jadi hari ini  saya boleh hadiri kelas ," katanya.

Siti pada malam kelmarin ditahan polis kerana atas dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dalam satu kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Beliau ditahan kira-kira jam 12.40 tengah malam susulan tindakannya dipercayai melarikan seorang wanita berusia 24 tahun yang sedang menjalani rawatan psikiatri di Hospital Kajang, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil  Ahmad berkata, pihaknya bertindak susulan laporan yang dibuat ibu mangsa berusia 24 tahun itu, pada hari kejadian.

Menurutnya, hasil maklumat, pihaknya berjaya mengesan mangsa berada di sebuah kondominium di Segambut.

Rentetan daripada itu semalam, polis dan  Siti mengambil langkah penyelesaian secara diplomasi ketika mengadakan sidang media bersama di Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dilaporkan mengiringi Siti Kasim selepas peguam itu dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang petang semalam.


Dalam pada itu mendepani kes ini, Siti menzahirkan ucapan terima kasih kepada para penyokongnya tidak henti memberikan kata-kata semangat.

"Terima kasih kepada mereka yang menghantar mesej sokongan, di atas apa yang berlaku ke atas saya ketika ini," katanya.

Sementara itu menyentuh mengenai kes 'penculikan' ini, Siti menegaskan bahawa beliau hanya ingin membantu Anis.

"Kenapa perlu saya culik Anis, saya bagi duit dekat dia kerana mahu membantu," katanya lagi.

No comments

Loading...