Header Ads

'Jangan Dengar Usaha Renggangkan Anwar, Mahathir' – Azizah


PUTRAJAYA, 6 Jun — Timbalan perdana menteri menasihati orang ramai agar tidak mempercayai “usaha merenggangkan” suaminya dengan perdana menteri.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga mahu spekulasi masalah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad dihentikan, lapor Malaysiakini.

“Cukuplah. Kalau ada desas-desus orang nak cakap [tentang perkara] ini, adalah mereka yang nak regangkan [hubungan]. Janganlah dengar,” katanya.

Loading...


“Memang Anwar, saya, kita sekeluarga, Nurul [Izzah], kita komited dalam kendalikan kerajaan sekarang ini untuk tangani masalah negara kita.

“Kita mahu diingati sebagai rakyat Malaysia, ia bukan mengenai kedudukan.”

Dalam wawancara portal itu, Wan Azizah menafikan Anwar bagai tidak sabar mahu menggantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

“Kalau Anwar betul tidak sabar [jadi perdana menteri], dia tidak masuk penjara 20 tahun [yang lalu],” katanya, merujuk krisis dua tokoh negara itu pada 1998.

“Dia [Anwar] sudah kata tidak akan ambil peranan sebagai menteri pun dan ini adalah untuk Tun [Dr Mahathir] kendalikan kerajaan.”

Ditanya mengenai pengalaman dan gaya kepimpinan Dr Mahathir, Wan Azizah berkata perdana menteri seorang yang anjal dan tidak mengongkong.

“Tun beri saya ruang dan peluang untuk saya berkembang dan tidak ada had untuk saya jika saya ingin tahu atau dapatkan nasihat dan pandangan.

“Saya tidak dikongkong. Beliau beri saya ruang untuk beri idea dan pandangan dalam perbincangan,” katanya.

No comments

Loading...