Header Ads

Jamal 'Muncul' Seketika Depan Perwakilan


SABAK BERNAM: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos 'muncul' lebih dua minit di hadapan perwakilan wanita bahagian itu, pagi Sabtu.

Bagaimanapun, kemunculannya itu hanya melalui tayangan rakaman video yang dipancarkan menerusi dua papan layar skrin di Bangunan Umno Bahagian Sungai Besar.

Jamal dalam amanatnya kepada seluruh perwakilan Umno bahagian itu berkata, meskipun berlaku pertandingan dalam Umno, ahli parti diingatkan jangan sesekali berpecah-belah.

Loading...


"Insya-ALLAH, perpaduan yang wujud di dalam Umno Bahagian Sungai Besar ini tidak mudah untuk orang lain memecah-belahkan kita sebagai satu pasukan," katanya.

Beliau berkata, sebagai parti terkuat orang Melayu, Umno amat menjunjung penuh sistem demokrasi yang diamalkan untuk menentukan calon terbaik.

Katanya, meskipun beliau tidak dapat hadir bersama-sama perwakilan peringkat sayap bahagian itu, namun jiwa dan raga beliau terus kekal utuh terhadap bahagian berkenaan.

"Saya juga mengucapkan terima kasih atas sokongan padu kepada saya dari dulu sehingga kini dan seterusnya," katanya.

Jamal sebelum ini dilaporkan menghilangkan diri selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan waran tangkap terhadap Jamal telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ampang, 1 Jun lalu mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan iaitu melarikan diri daripada tahanan yang sah. - Sinar Online

No comments

Loading...