Header Ads

Jamal Keluar Ikut Laluan Tikus, Musa Jadikan Brunei Sebagai Transit


KUALA LUMPUR - Polis tidak menolak kemungkinan Pengerusi Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos menggunakan laluan tikus untuk ke Indonesia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya kini dalam usaha mengesan dan menangkap Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar itu, lapor Kosmo.

Loading...


“Hasil risikan pihak polis mendapati Jamal berada di Indonesia dan saya sudah menulis surat kepada pihak berkuasa Indonesia untuk membantu kita mengesan dia (Jamal).

“Kita juga tidak menolak kemungkinan Jamal keluar dari negara menggunakan laluan tikus berikutan pihak imigresen tidak mempunyai rekod dia meninggalkan negara tempoh hari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Op Selamat 13/2018 di Pusat Konvensyen TM di Jalan Pantai Baharu di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Fuzi memberitahu pihaknya juga sedang mengesan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang dipercayai menjadikan Brunei sebagai transit sebelum keluar meninggalkan negara.

Jelasnya, pihak imigresen tidak mempunyai rekod Pengerusi Barisan Nasional Sabah itu meninggalkan negara, namun polis percaya beliau keluar melalui Brunei.

No comments

Loading...