Header Ads

Jamal: ‘Esok Menang Ketua Pemuda, Lusa Gua Datang Balai’


Ketua Umno bahagian Sungai Besar berjanji untuk menyerah diri kepada polis pada Ahad jika menang jawatan ketua pemuda Umno esok

Datuk Seri Jamal Md Yunos dalam video terbaru mengulangi dakwaan dirinya masih berada dalam negara, lapor Malay Mail.


Loading...

“Jangan bimbang, esok saya menang ketua pemuda Umno Malaysia lusa saya datang balai.

“No problem saya tak ‘cabut’, saya tak lari. Saya steady. Sebab mereka nak aniaya saya (maka) saya ‘cabut’lah,” katanya.

Jamal, 48, bakal bersaing dengan lapan lagi calon termasuk dua senator, Khairul Azwan Harun dan bekas timbalan menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Kira-kira 150,000 perwakilan di 191 bahagian akan mengundi pada pemilihan Umno penggal 2018-2021.

Pemilihan sayap pemuda, wanita, dan puteri akan dijalankan esok, sementara peringkat bahagian dan majlis tertinggi pada 30 Jun ini.

No comments

Loading...