Header Ads

Jam Paling Mahal Dalam Kotak Dengan Lambang Diraja, Kata Najib


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata polis tidak sepatutnya meninggalkan   sesetengah fakta berhubung rampasan barangan kemas dan jam tangan dari premis yang dikaitkan dengan dirinya.

"Sebagai contoh, polis pada sidang akhbar berkata bahawa jam tangan paling mahal ialah Rolex Daytona yang menurut anggaran mereka bernilai RM3.4 juta," katanya.


Loading...

Najib berkata, jam itu adalah hadiah baru-baru ini bersama beberapa barangan berharga lain yang diberikan oleh seorang menteri dalam negeri, yang juga seorang putera dari sebuah negara di Asia Barat, yang melawat Malaysia pada Mac tahun ini, lapor Malaysiakini.

"Polis juga sepatutnya menyatakan bahawa barangan bersama dengan beberapa yang lain berada dalam kotak dengan lambang diraja negara asing itu.

"Fakta ini tidak sepatutnya ditinggalkan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

No comments

Loading...