Beliau yang merupakan adik bongsu kepada Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau bakal menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam jangka masa terdekat, lapor Kosmo.

Loading...

"Secara rasminya saya sudah keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menjadi wakil rakyat bebas dalam negeri ini. 
"Keputusan ini dibuat atas beberapa faktor dan antaranya ialah saya sudah hilang keyakinan kepada pucuk kepemimpinan parti," tambah beliau
Dalam pada itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau ini berkata, keputusan itu demi kepentingan rakyat apabila beliau perlu menjalinkan hubungan dengan kerajaan Pakatan Harapan.

"Saya perlu memikirkan apa yang terbaik untuk rakyat dan perlu untuk menjalinkan hubungan dengan kerajaan Pusat.
"Keputusan ini dibuat tanpa pengetahuan abang saya (Shahidan) dan saya bukan 'puppet' (boneka) dan Shahidan tidak perlu tahu.
"Saya hendak buktikan bahawa soal adik beradik tidak timbul dalam politik dan berharap keputusan ini semua pihak dapat menerimanya dengan berlapang dada," katanya ketika dihubungi semalam.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, Ismail memenangi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang dengan majoriti 2,481 undi menewaskan calon Pas, Dr. Abu Bakar Ali dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Maton Din.
Selain itu, beliau yang berusia 59 tahun pernah dicalonkan untuk menjadi Menteri Besar Perlis.
Ismail mula menyertai UMNO sejak 30 tahun lalu dan pernah menjawat beberapa jawatan penting iaitu sebagai Ketua Pemuda UMNO negeri, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau.