Header Ads

Henti Fitnah, Tumpu Pembangunan – Jamil Khir

Foto: The SunDaily

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegur kepimpinan kerajaan baharu agar tidak terlalu menumpukan kepada kes skandal rasuah bekas perdana menteri yang sengaja diwujudkan sehingga mengganggu proses menunaikan janji kepada rakyat.

Jamil Khir yang menang tanpa bertanding sebagai Ketua Umno Bahagian Jerai berkata kerajaan Harapan seharusnya lebih bijak mengatur langkah dalam menunaikan segala janji yang dilontarkan mereka.

Loading...


Katanya, sudah 45 hari kerajaan baharu diwujudkan namun barisan kabinet belum dilantik sepenuhnya.

“Laksanakan kesemua janji yang ditabur kepada rakyat sebelum PRU14 lalu kerana rakyat masih menunggu,” katanya ketika berucap dalam perasmian persidangan pergerakan Wanita Umno Bahagian Jerai di Command Centre, Gurun, siang tadi.

Menurut Jamil Khir, kerajaan terlalu sibuk menyiasat berkaitan kes fitnah Najib sehinggakan beg pakaian Najib dan isteri bercuti ke Langkawi juga turut dijadikan isu.

“Kalau ada kesalahan Najib tentang 1MDB, kes Altantuya atau skandal-skandal lain bawalah dia ke mahkamah sebab di sana tempat penentuan kebenaran.

“Namun sehingga kini mereka gagal melakukan sebarang pertuduhan di dalam mahkamah,” katanya.

Jamil Khir berkata, kerajaan perlu merancang pembangunan ekonomi dengan baik kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.

“Janji pada rakyat harga minyak RM1.50 sekiranya mereka menang PRU14 namun sehingga kini harga masih sama seperti sebelum ini,” ujarnya.

No comments

Loading...