Header Ads

Hadi jumpa PM

ABDUL Hadi (dua dari kiri), Mustafa (kanan) bergambar bersama Dr Mahathir (dua dari kanan). FOTO Ihsan Facebook Dr Mahathir

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), Putrajaya, hari ini.

Loading...

Turut sama pada pertemuan itu adalah pemimpin veteran PAS Datuk Mustafa Ali.

Sementara itu, Mustafa ketika dihubungi berkata, pertemuan bermula jam 10 pagi dan ia berlangsung selama hampir sejam.

"Saya tidak dapat berkongsi apa intipati pertemuan dan perbincangan itu.

"Biarlah Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) berkongsi perkara berkaitan pertemuan itu nanti. Saya hanya menemani mereka sahaja," katanya.


-mymetro

No comments

Loading...