Header Ads

Geng Menteri Besar 'serang' kubu Shahidan


SETELAH lebih 20 tahun kedudukan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Ketua UMNO Bahagian Arau tidak pernah dicabar, namun pada pemilihan kali ini beliau akan dicabar oleh Mohd Khalid Ahmad yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perlis.

Loading...

Jawatan timbalan ketua bahagian yang kosong setelah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim yang keluar UMNO, bakal menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Pegawai Khas Menteri Besar, Yusof Othman dengan Ketua UMNO Cawangan Kampung Sentua, Utan Aji iaitu Salim Dahaman.

Bekas Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Arau, Zairul Anwar Khamis pula akan berentap dengan EXCO kerajaan negeri yang juga ADUN Simpang Empat, Nurulhisham Yaakob bagi jawatan naib ketua bahagian yang dikosongkan oleh Datuk Rozabil Abdul Rahman.

Yusof yang juga Ketua UMNO Cawangan Titi Besi menyifatkan perkembangan positif itu berkait dengan kehendak akar umbi ahli parti itu yang ingin melihat perubahan pucuk pimpinan bahagian.


Katanya, mesyuarat pemilihan bahagian itu dijadualkan diadakan di Pusat Khidmat Kubang Gajah di sini pada 30 Jun ini.

No comments

Loading...