Header Ads

Loading...

Gabenor Bank Negara Dilapor Tawar Letak Jawatan


Gabenor Bank Negara Tan Sri Muhammad Ibrahim hari ini dilapor menawarkan diri meletak jawatan, hanya selepas kira-kira dua tahun menduduki jawatan berkenaan.

Perkembangan itu dilaporkan Bloomberg yang memetik sumber-sumberyang tidak dinamakan.

Muhammad dilantik ke jawatan berkenaan pada Mei 2016 bagi menggantikan penyandang sebelumnya, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Tidak dapat dipastikan bagaimana reaksi kerajaan terhadap tawaran dibuat Muhammad itu.

Loading...


Bank Negara setakat ini enggan memberi sebarang kenyataan berhubung laporan tersebut.

Perkembangan itu berlaku ketika Menteri Kewangan Lim Guan Eng giat meneliti pelbagai isu melibatkan kerajaan BN sebelum ini, termasuk pembelian sekeping tanah milik milik kerajaan oleh Bank Negara.

Transaksi melibatkan dana sebanyak RM2.1 bilion itu dilaporkan berlaku pada awal Januari tahun ini.

Selain didakwa dibeli pada harga lebih tinggi daripada sepatutnya, proses jual beli itu juga dikaitkan dengan langkah kerajaan BN memberikan suntikan dana kepada 1MDB yang berdepan dengan beban hutang yang besar.

Pada Feb lalu Muhammad menjelaskan Bank Negara memang berminat untuk membeli tanah seluas 22.5 hektar itu dan bukan ditawarkan oleh kerajaan kepada mereka.

"Untuk menjelaskan keadaan, bukan kerajaan yang mahu menjual tanah itu kepada kami.

"Sebenarnya kami yang menghubungi kerajaan berbulan-bulan dulu untuk membelinya," kata Muhammad seperti dilaporkan The Edge.

Beliau juga memberitahu transaksi itu berlaku ketika kedua-dua pihak bertindak atas kepentingan sendiri dan bebas daripada tekanan sesiapa.

- Malaysiakini

No comments

Loading...