Header Ads

ECRL Tak Batal, Harap Dapat Kurang Kos – Menteri


Kerajaan sedang merundingkan semula projek kontroversi Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) bersama China dengan harapan dapat mengurangkan kos, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng, lapor media tempatan.

Kerajaan tidak mempunyai pilihan kerana Malaysia telah membayar RM20 bilion tetapi untuk memastikan kelangsungan projek itu yang menjadi sebahagian daripada inisiatif One Belt One Road China (OBOR), maklum Lim dipetik berkata dalam wawancara The Malaysian Insight.

"Untuk projek ECRL, kita sudah bayar RM20 bilion, jadi tak masuk akal untuk kita mansuhkan begitu sahaja.


Loading...

"Jadi kita akan runding semula," katanya kepada portal berita itu.
Lim juga berkata kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) tetap "belum membuat keputusan" mengenai projek Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dengan Singapura, tetapi berkata ia sedang dikaji semula.

"ECRL kita nak runding semula. Tapi tentang HSR kita nak kaji," kata Lim menjelaskan rundingan semula bermaksud melihat aspek kos.

Bagaimanapun, menteri kewangan enggan mendedahkan butiran lanjut perundingan semula itu berkata ia perlu dibincangkan kerajaan terlebih dahulu.

Sejak mengambil alih kerajaan, HARAPAN mengumumkan mengkaji semua perjanjian perdagangan yang dibuat dengan China, yang membuatkan masa depan beberapa projek kereta api mega, termasuk ECRL yang bernilai RM60 bilion menjadi tidak menentu.

HSR sedang ditangguhkan buat masa ini, tetapi akan dikaji semula pelaksanaannya pada masa akan datang.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada mulanya mengumumkan bahawa kerajaan telah membatalkan HSR, walaupun berisiko membayar denda hampir setengah bilion ringgit.

Dr Mahathir berkata projek itu terlalu mahal dan cuma memberi sedikit faedah kepada rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, Lim baru-baru ini berkata Malaysia akan mempertimbangkan untuk memulihkan semula projek itu dalam satu atau dua tahun lagi apabila keadaan kewangan negara kembali stabil.

No comments

Loading...