Header Ads

Loading...

Duit Raya Peneroka FELDA, Dibayar Selasa Ini


INSENTIF raya sebanyak RM450 untuk dinikmati 112,635 peneroka FELDA di seluruh negara akan disalurkan pada 12 Jun ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, insentif berkenaan akan dikreditkan terus kepada peneroka yang mempunyai akaun dengan FELDA.

“Bagi yang tidak mempunyai akaun dengan FELDA, pembayaran akan dibuat secara tunai oleh pengurusan rancangan FELDA masing-masing,” katanya dalam kenyataan di Putrajaya, hari ini.

Loading...


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mesyuarat Kabinet, Rabu lalu mengumumkan pemberian insentif raya berjumlah RM450 kepada peneroka FELDA dan FELCRA termasuk bukan ahli FELDA bagi perayaan kali ini.

Memetik laporan Harian Metro, Guan Eng berkata, pemberian insentif itu membabitkan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM50.68 juta.

“Untuk menampung insentif ini, Kementerian Kewangan menyalurkan peruntukan RM50 juta kepada FELDA melalui Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Katanya, kerajaan Persekutuan menghargai sumbangan peneroka FELDA dalam pertumbuhan ekonomi negara dan pemberian ini selaras dengan manifesto Pakatan Harapan untuk meningkatkan taraf hidup peneroka FELDA serta keluarga mereka.



“Semoga pemberian insentif ini dapat membantu persediaan Aidilfitri peneroka FELDA di seluruh negara.

“Pembayaran ini bagaimanapun tidak termasuk dalam pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) yang akan dibayar secara berasingan.

“Kerajaan sudah menyalurkan RM1.6 bilion kepada hampir 4.1 juta penerima BSHR, mulai 6 Jun lalu,” katanya.

No comments

Loading...