Header Ads

Loading...

Dr Mahathir Sindir Saya, Kata KJ


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin langsung tidak menganggap saranan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau bertanding jawatan presiden dalam pemilihan Umno sebagai sesuatu yang serius.

Sebaliknya, beliau berkata Dr Mahathir bertujuan menyindirnya.

“Tun Dr Mahathir, dia selalu sarkastik. Mungkin dia perli saya,” katanya kepada pemberita di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur hari ini.


Loading...

Semalam, Dr Mahathir berpandangan Khairy yang juga bekas menteri belia dan sukan itu adalah calon yang paling layak untuk kembali memperkasakan Umno, lapor Malaysiakini.

Katanya, Umno kini dilihat kucar-kacir sehingga tidak dapat menentukan hala tuju perjuangan parti selepas kehilangan kuasa kerajaan persekutuan dan di kebanyakan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Jumaat lalu, Khairy menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib presiden Umno.

No comments

Loading...