Header Ads

Dr Mahathir Jamin Najib Tak Akan Terlepas Hukuman


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui bukti kukuh untuk mendakwanya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian mengulas berhubung tahanan reman dikenakan terhadap bekas pegawai khas Najib bagi membantu siasatan kes penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Loading...

Menurut Mahathir, buat masa ini, Najib masih lagi disiasat SPRM dan sekiranya bukti jelas mensabitkan beliau bersalah maka tindakan akan diambil berdasarkan undang-undang, lapor Sinar Harian.

“Sekarang ini Najib sedang disiasat, kalau ada bukti jelas bahawa beliau bersalah.

“Maka tindakan akan diambil berdasarkan undang-undang,” katanya ketika sidang media, di sini, hari ini.

Hari ini, bekas pegawai khas Najib diremah tujuh hari bagi membantu siasatan SPRM berhubung penyelewengan 1MDB.

Jurucakap SPRM, berkata suspek yang juga individu pertama yang direman berhubung siasatan kes itu ditahan di ibu pejabat SPRM di sini pada jam 9.45 malam tadi ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, lelaki berusia 42 tahun itu dikatakan memegang jawatan pengarah di sebuah syarikat yang dipercayai menerima wang transaksi daripada 1MDB.

Suspek juga adalah ahli lembaga pengarah kepada sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), namun meletakkan jawatan pada 5 Jun lalu, malah suspek dikatakan berkhidmat dengan Najib sejak 2009.

No comments

Loading...