Header Ads

Loading...

Dr M: 'Nenek Moyang Saya India, Saya Orang Melayu'


KUALA LUMPUR, 11 Jun — “Bapa saya bukan orang India. Datuk nenek moyang saya orang India. Hanya berbaki beberapa sudu darah dalam tubuh saya, selain itu saya orang Melayu.”

Begitulah kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam temu bual secara langsung dari Tokyo sempena Persidangan Nikkei ke-24 hari ini.

Loading...


Pengerusi Pakatan Harapan itu bertegas beliau adalah orang Melayu dan bukan separuh orang India disebabkan bapanya.

Sebelum ini, Datuk Seri Zahid Hamidi mendakwa Dr Mahathir berketurunan India dengan menunjukkan salinan kad pengenalan tertera nama “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.

“Ini IC biru dia dulu. Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Nombor IC biru dia [ ] Ini yang dihantar oleh ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” kata timbalan perdana menteri  ketika itu, dilapor Malaysiakini pada 30 Julai 2017.



 



- Malay Mail

No comments

Loading...