Header Ads

Dr M: 'Jika Wang Datang Dari 1MDB, Umno Perlu Pulangkan'


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihak berkuasa telah membekukan akaun Umno kerana mereka ingin menyiasat sama ada wang berkenaan mempunyai kaitan dengan dana 1MDB.

Memetik laporan Malaysiakini, Dr Mahathir, wang milik 1MDB perlu dipulangkan kepada kerajaan.

Loading...


"Kita perlu tahu dari mana wang itu datang dan sekiranya dari 1MDB, ia perlu dipulangkan," kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri di Langkawi.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini membidas pasukan petugas khas 1MDB kerana membekukan akaun Umno.

Beliau berkata, pihak berkuasa seharusnya membekukan akaun peribadi individu berkaitan dan bukannya akaun Umno kerana parti itu tidak bersalah.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini membekukan kira-kira 900 akaun yang berkaitan dengan 1MDB termasuk akaun utama Umno.

Najib kini disiasat atas dakwaan terlibat dalam pengubahan wang haram dan penyelewengan dana 1MDB.

No comments

Loading...