Dr M Bertegas Mahu Tuntut Kembali AS$4.5 Bilion Dana 1MDB, Fi Goldman Sach
Malaysia mahu mendapatkan balik dana sebanyak AS$4.5 bilion
yang berpotensi hilang melalui 1MDB, serta fi yang dibayar kepada syarikat
Kumpulan Goldman Sach Inch, menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kita perlu buktikan hak milik wang itu,” kata Dr Mahathir,
92, ketika ditemubual Bloomberg Television hari ini.
“Kerajaan sebelum ini, cuba untuk mengelak tuduhan
salahlaku, membuat keputusan untuk mengatakan wang itu bukan milik kita, jadi
mereka tidak buat apa-apa tuntutan. Tetapi kami itu wang kami. Wang itu dari 1MDB.”
Loading...
Skandal sekitar syarikat pelaburan bermasalah itu
mencetuskan siasatan di seluruh dunia. Pegawai kerajaan Amerika Syarikat
berkata lebih AS$4.5 bilion mengalir dari 1MDB melalui lingkaran transaksi
kabur dan syarikat-syarikat kosong.
Dakwaan korupsi itu membantu melonjakkan gabungan yang
dipimpinan Dr Mahathir untuk memenangi pilihan raya umum Mei lalu, menmbangkan
gabungan yang dipimpin bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang
memerintah selama kira-kira 6 dekad.
Dr Mahathir dalam temubual itu bimbang tentang komisyen yang
dibayar kepada Goldman Sachs, yang meraih AS$593 juta selepas mengatur 3 jualan
bon untuk 1MDB.
1MDB membayar fi 10% kepada bank itu untuk peranannya dan
menerima kadar faedah 6%, katanya, dan menambah kos pinjaman kerajaan
sepatutnya mendekati 3%.
“Apa yang kami peroleh daripada transaksi hutang itu
mencerminkan anggapan risiko ketika itu, khususnya pergerakan spread kredit
yang terikat dengan bon tertentu, kos lindung nilai dan keadaan pasaran ketika
itu,” kata seorang jurucakap Goldman Sachs di Hong Kong.
“Membandingkannya kepada ‘fi’ daripada penajajaminan biasa,
yang melibatkan risiko yang lebih kecil, tidak relevan,” katanya.
Kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap
Goldman Sachs “jika ada kes”, kata Dr Mahathir, dan menambah peguam negara akan
memutuskan sama ada untuk meneruskan perkara itu.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata New York Times minggu
lepas berkata dia akan mendapatkan restitusi daripada bank itu.
Dr Mahathir sebelum ini berkata Najib akan didakwa atas
tuduhan rasuah dan penggelapan dana awam. Najib berulang kali menafikan salah
laku, dan minggu ini memberitahu Reuters yang dia tidak tahu tentang wang 1MDB
yang timbul dalam akaun peribadinya.
Jurucakap Najib belum dapat dihubungi hari ini untuk komen.
Pendakwaan mungkin akan berlaku selepas Peguam Negara Tommy
Thomas mula mengkaji dokumen yang diserahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM). Beliau sudah menubuhkan beberapa pasukan untuk mengkaji
kemungkinan untuk melakukan pendakwaan jenayah dan prosiding sivil.
Skop siasatan baru itu termasuk potensi salahguna kuasa di
pihak Najib. Itu termasuk siasatan ke atas pelaburan yang dibuat 1MDB yang
melibatkan penipuan, dana yang mengalir ke akaun peribadinya, dan pecah amanah
jenayah dalam surat sokongan daripada Kementerian Kewangan, jawatan yang pernah
dipegang Najib.
- FMT
Post a Comment