Header Ads

China Setuju Permintaan Dr Mahathir


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhasrat membawa masuk kepakaran pembuatan komponen kereta dari China ke Malaysia untuk memperkasakan teknologi pembuatan tempatan.

Mahathir dalam sidang media berkata, beliau telah berbincang dengan Pengerusi Proton Holdings Bhd yang memiliki kepentingan 49.9 peratus melalui saham Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd mengenai idea tersebut.


Loading...

“Li bertanya kepada saya, apa Malaysia mahu, jadi saya jelaskan bahawa Proton boleh diuruskan oleh Geely tetapi kami mahu kepakaran pembuatan tempatan juga turut terlibat dalam pembikinan komponen kereta.

“Oleh itu, untuk menaik taraf pengeluaran tempatan, kami mahu Geely membawa masuk kepakaran pengeluar dari China untuk bekerjasama dengan pembuat tempatan, dalam erti kata lain menolong Malaysia untuk hasilkan komponen kereta sendiri...dan Li telah bersetuju,” katanya.

Syed Mokthar menguasai DRB-Hicom, yang memiliki 50.1 peratus saham Proton manakala Geely memegang kepentingan 49.9 peratus.

Dr Mahathir, yang mengasaskan Proton pada 1983 semasa kali pertama sebagai perdana menteri, mengkritik kerajaan BN sebelum ini mengenai perjanjian dengan Geely tahun lalu.

No comments

Loading...