Header Ads

Calon Ketua Umno Bahagian Bagan Buat Laporan Polis Dipecat Saat Akhir


KEPALA BATAS: Seorang calon yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Bagan tampil membuat laporan polis selepas mendakwa menerima surat pemecatan kurang 24 jam daripada sesi pemilihan berlangsung esok.

Mohamad Affendi Azni yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian itu berkata, dia dan rakannya, Shahbani Mat Diasa terkejut dan kecewa apabila menerima surat pemecatan pada pukul 5.30 petang tadi.


Loading...

Katanya, surat pemecatan berkenaan menimbulkan persoalan kerana tidak dikeluarkan oleh Lembaga Disiplin Parti di Kuala Lumpur.

Katanya, dia dan Shahbani yang bertanding Naib Ketua Bahagian membuat laporan polis kerana mendakwa surat pemecatan berkenaan tidak mengikut perlembagaan parti.

"Saya melihat ini sebagai percubaan untuk menghalang kami daripada bertanding sedangkan ibu pejabat mengesahkan nama kami bersih untuk bertanding," katany.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Kepala Batas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU), di sini sebentar tadi.

Mohammad Afendi yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO bahagian berkata, dia dan Shahbani akan hadir di tempat pemilihan esok.

"Sekiranya kami tidak dibenarkan bertanding kerana surat ini, saya berharap pemilihan bahagian Bagan ditangguhkan kerana ia tidak adil untuk ketiga-tiga calon yang bertanding jawatan Presiden," katanya.

-UTUSAN ONLINE

No comments

Loading...