Header Ads

Bos Mydin Kritik Guan Eng Keluar Kenyataan Bahasa Cina


Menteri Kewangan Lim Guan Eng malam ini mempertahankan tindakannya mengeluarkan kenyataan tiga bahasa, termasuk bahasa Melayu, Inggeris dan Cina ketika beliau membincangkan isu Tun Razak Exchange pada hari Khamis lalu.

Bagaimanapun, kenyataan Facebook yang dikeluarkannya malam ini untuk mempertahankan kenyataan dalam tiga bahasa pada hari Khamis itu dikeluarkan hanya dalam bahasa Cina.

Ini menimbulkan maklum balas negatif daripada orang-orang yang tidak dapat memahami dan terpaksa bergantung pada alat terjemahan platform media sosial.

Loading...



Antara yang mengkritik Lim ialah bos hypermarket Mydin, Ameer Ali Mydin.
"Semua kenyataan apabila dikeluarkan di Malaysia hendaklah terlebih dahulu dalam Bahasa Melayu, kemudian Bahasa Inggeris, selepas itu mana-mana bahasa lain (jika) perlu.

"Sekiranya anda berada di London, maka saya anggap anda akan mengeluarkannya dalam Bahasa Inggeris terlebih dahulu setelah itu terjemahannya boleh dibuat dalam Bahasa/ Bahasa Mandarin/ Perancis dan sebagainya.

"Jika anda berada di China, maka pada sidang akhbar di China, saya fikir mungkin akan dikeluarkan dalam bahasa Mandarin dahulu, kemudian bahasa Inggeris dan lain-lain.

"Saya fikir ini lebih logik. Kami tidak pernah mempunyai masalah sebelum ini (dalam) 61 tahun yang lalu, kenapa buat sekarang?" katanya.

Komen Mydin mendapat maklum balas ramai di Facebook, meletakkannya di tangga teratas senarai komen.

"Kau menteri kerajaan Malaysia kah (atau) kerajaan China?

"Konon statement Menteri Kewangan Malaysia, tapi tak guna bahasa kebangsaan untuk semua faham," kata Muadz Abu Hanzalah.

Terdapat juga pengulas yang mempersoalkan kenyataan Lim sebelum ini bahawa beliau "rakyat Malaysia" ketika ditanya pendapatnya menjadi menteri kewangan Cina pertama semenjak Tan Sri Tan Siew Sin menjawat portfolio berkenaan.

"Saya bukan orang Cina, saya rakyat Malaysia.

"Bahasa kebangsaan? Apakah itu?" Soal Ahmad Zahiruddin Saruju.
Pengguna media sosial berkenaan tidak mengulas isu kenyataan tiga bahasa yang dipertahan Lim, tetapi sebaliknya komen hanya berkisar seputar kenyataan terbaru beliau dalam bahasa Cina.

Dalam kenyataan malam ini, Lim mempertahankan mengeluarkan kenyataan dalam tiga bahasa, menekankan kepelbagaian bahasa di negara ini.
Beliau menjawab laman Facebook "Friends of BN" yang mempersoalkan kenyataannya mengenai TRX memasukkan versi Cina dengan tujuan untuk membantu media berbahasa Cina.

Lim menegaskan beliau akan terus mengeluarkan kenyataan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan apabila perlu dalam bahasa Cina.

Pada masa berita ini ditulis, terjemahan bagi kenyataan dalam Cina tersebut tidak tersedia.

- Malaysiakini

No comments

Loading...