Header Ads

Biar Dr Mahathir tentukan anggota Kabinet


MELAKA - Parti Amanah menyerahkan sepenuhnya keputusan pelantikan menteri atau timbalan menteri dalam kalangan anggota parti itu kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presidennya Mohamad Sabu berkata, pihaknya tidak membuat sebarang cadangan pelantikan mana-mana individu daripada Amanah sebaliknya menyerahkan 20 nama kepada Dr Mahathir untuk proses penilaian dan pemilihan.

Loading...

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, senarai nama muktamad berkenaan dijangka diumumkan Isnin ini disusuli majlis angkat sumpah jawatan tersebut.

"Ia (senarai penuh) belum diumumkan lagi dan saya tidak berani komen lagi sehingga Tun Mahathir sendiri mengumumkannya kerana mungkin ada perubahan di saat akhir...saya tidak tahu.

"Senarai yang tular sebelum ini belum boleh dipercayai kerana ia masih di peringkat khabar angin," katanya pada Majlis Rumah Terbuka Amanah Peringkat Nasional di sini, hari ini.


Majlis itu dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri Melaka Adly Zahari juga Pengerusi Amanah Melaka, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub serta pemimpin Amanah yang lain antaranya Khalid Abdul Samad dan Mahfuz Omar. - Bernama

No comments

Loading...