Header Ads

Beri Dr Mahathir peluang, ruang - Anwar

PETIKAN program bual bicara Terus Terang kelolaan Invoke Malaysia yang disiarkan secara langsung di Facebook. FOTO Facebook Invoke Malaysia

DATUK Seri Anwar Ibrahim menegaskan PKR tidak berasa terpinggir dalam agihan jawatan menteri Kabinet kerana percaya dengan kredibiliti Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelesaikan isu berkenaan.

Loading...

Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) itu berkata, Dr Mahathir perlu diberi peluang sebaik-baiknya untuk memuktamadkan rundingan bagi mengelakkan sebarang polemik dalam gabungan itu.

Beliau berkata, PH tidak boleh mencontohi sistem Barisan Nasional (BN) yang mana UMNO memainkan peranan mutlak dalam mengagih dan menentukan jawatan.

“Kita sudah buktikan kemenangan dalam pilihan raya yang lalu. Macam (Naib Presiden PKR) Rafizi Ramli perkatakan bahawa kita (PKR) nampak terpinggir itu (sebenarnya) kita masih ada ruang lagi.

“Memilih Kabinet ini, kita bukan (amalkan) sistem BN, UMNO kuasa mutlak. Sistem pakatan kita lebih ideal. Dalam kes ini, saya dan Presiden PKR, (Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) beri ruang kepada Dr Mahathir untuk lakukan kerana agak memberatkan kalau kita desak corak perundingan. Jadi, bersabar, janji kita bekerja,” katanya yang juga Ketua Umum PKR.

Beliau berkata demikian dalam satu program bual bicara Terus Terang kelolaan Invoke Malaysia yang disiarkan secara langsung di Facebook hari ini.

Menjawab adakah PKR tidak akan menuntut hak kerana kemenangan lebih banyak kerusi berbanding DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) pada PRU lalu, Anwar berkata, PKR sudah “move on” (bergerak ke hadapan).


Beliau berkata, seelok-eloknya, peluang diberi kepada Dr Mahathir walaupun penyertaan PKR tidak setimpal dengan kekuatan, PKR perlu memberi sedikit waktu kerana barisan jemaah menteri masih belum lengkap.

“Yang penting, kerja kuat. Saya buat keputusan, sampaikan kepada kawan-kawan untuk kita bagi beliau (Dr Mahathir) sokongan. Kamu (Dr Mahathir) tadbir, saya beri seluruh sokongan dan kerjasama.

“Walaupun kami berdua pernah ada nostalgia. Lagi pun Dr Mahathir bersetuju dengan agenda kita (reformasi). Ya, jadi buat apa saya nak bermusuh lagi, soal peribadi jangan melebihi kepentingan negara demi wajah baharu Malaysia,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), PKR memperoleh 49 kerusi parlimen, disusuli DAP dengan 42 kerusi, PPBM (12) dan PAN (10).

-mymetro

No comments

Loading...