Header Ads

Bekas pegawai kanan Thailand bunuh diri

Putthipat sedang disiasat atas dakwaan menggelapkan wang. FOTO The Nation

BANGKOK: Bekas pegawai kanan sebuah kementerian ditemui mati di rumahnya dipercayai membunuh diri, awal pagi, hari ini.

Loading...

Beliau adalah bekas Setiausaha Tetap Kementerian Keselamatan Manusia dan Pembangunan Sosial yang disiasat atas dakwaan menggelapkan 88 juta baht (RM10.7 juta), lapor akhbar The Nation.

Mayat Putthipat Lertchaosit, 60, ditemui jam 9 pagi di katil bilik tidur kediamannya di Muang Pathum Thani dengan isterinya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Isteri Putthipat dihantar ke hospital Pathum Thani.

Turut ditemui di sebelah katil berkenaan adalah segelas wain, dua botol air minuman dan sebotol susu.

Pejabat Anti Penggubahan Wang menuduh Putthipat menggelapkan 88 juta baht dana awam diperuntukkan untuk golongan miskin dan gelandangan.

Dia dituduh menggunakan wang itu untuk membeli pelbagai aset.

Putthipat dipecat dalam satu resolusi Kabinet pada April lalu.

Turut sama dipecat ialah seorang Timbalan Menteri dan Ketua Pengarah.


Dia sebelum ini dipindahkan ke Pejabat Perdana Menteri tetapi jawatannya tidak aktif.

No comments

Loading...