Header Ads

Loading...

Banglo tiga tingkat dilelong... lokasi pembunuhan kejam


SEBUAH banglo di timur China untuk dijual pada harga satu pertiga daripada harga pasaran didedahkan apabila ia menjadi lokasi satu kejadian pembunuhan kejam, menurut laporan sebuah akhbar.

Loading...

Modern Express melaporkan bahawa banglo tiga tingkat di Nanjing di wilayah Jiangsu itu dibida pada Isnin lalu dengan harga permulaan AS$680,000 (RM2.7 juta).

Menurut artikel berkenaan, nilai bidaan itu adalah 65 peratus kurang daripada nilai hartanah yang sama di kawasan tersebut.

Feng Jun, 70, disabitkan kesalahan kerana membunuh anak menantunya di rumah tersebut pada 2011, dengan bersubahat bersama anak perempuannya.

Polis pada awalnya menganggap mangsa meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya pada 2006, menerusi rancangan Feng bersama anak perempuannya membuat tuntuan insurans di atas 'kematian' itu.

Anak beranak itu kemudian bimbang mangsa akan mendedahkan penipuan itu lalu bertindak membunuhnya menggunakan kapak dan pisau.


Mayatnya dikerat kepada beberapa bahagian, di garaj rumah.

Seorang wanita mendakwa anak beranak itu membunuh mangsa dan mereka ditahan.

Menurut laporan itu, pemilik banglo ketika ini cuba menjual rumah berkenaan tiga kali sejak empat tahun lalu dengan mengurangkan harga jualan, tetapi gagal.

Tambah laporan itu, lebih 20,000 orang melihat butiran bidaan di Internet pada Isnin lalu, tetapi hanya seorang yang membuat permohonan untuk membida. - South China Morning Post

-mstar online

No comments

Loading...