Header Ads

Bahasa isyarat remaja disleksia penyelamat lelaki pekak


KESUKARAN seorang lelaki pekak untuk berkomunikasi sewaktu menaiki pesawat berakhir apabila  dipertemukan dengan seorang gadis.

Loading...

Menerusi penerbangan dari Boston ke Los Angeles, dia yang dikenali sebagai Tim lega apabila remaja berusia 15 tahun itu mampu menggunakan bahasa isyarat.

Clara Daly, tampil membantu selepas pembantu penerbangan bertanya jika ada sesiapa yang boleh berkomunikasi dengan Tim.

Aksi Clara yang membantu lelaki itu turut menyentuh hati penumpang pesawat berkenaan.

"Pembantu penerbangan sangat ikhlas untuk membantu namun mereka tidak berupaya kerana tidak menguasai bahasa isyarat.
Malah, ia dirakam salah seroang penumpang, Lynette Scribner, sebelum tular di laman sosial.

"Selepas itu, Clara muncul dan berjaya berkomunikasi dengan Tim," ujar Lynette.

Clara mempelajari ASL (bahasa isyarat Amerika) kerana dia mengalami disleksia dan ia merupakan bahasa asing yang paling senang untuk dipelajarinya.

Sepanjang perjalanan, Clara membantu Tim dan memastikan semua keperluannya dipenuhi.

"Ianya menyentuh hati untuk melihat situasi itu. Sewaktu Tim ditanya mengenai kecantikan Clara, gadis itu tersenyum malu dan pipinya bertukar merah sebelum mereka ketawa bersama," ujar Lynette lagi.


Semenjak post berkenaan tular, syarikat penerbangan Alaska Airlines cuba menghubungi mereka.

Tambah Lynette lagi, ia merupakan satu peringatan kepada semua orang bahawa dalam dunia yang terlalu banyak keburukan, masih ada kebaikan dan orang baik yang membantu sesama sendiri.

No comments

Loading...