Header Ads

'Asyraf Ketua Pemuda, Shahril Naib'


Selepas berlaku kelewatan ekoran masalah teknikal, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki akhirnya diumumkan sebagai ketua pemuda Umno yang baru.

Bagi naib ketua pemuda pula dimenangi oleh Shahril Sufian Hamdan.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh membuat pengumuman tersebut, malam ini.

Loading...


Keputusan itu diperolehi selepas 25 bahagian Umno terpaksa melalui proses pengiraan semula.

Sebelum ini, melalui Twitter Pemilihan Umno 2018 yang dikendalikan Unit Penerangan Umno, kelewatan untuk mengumumkan keputusan sayap-sayap parti berlaku ekoran undi di 25 bahagian berkenaan tidak boleh disahkan kerana terdapat aduan oleh anggota bahagian berkenaan.
Keputusan setakat ini:

Ketua puteri: Zahida Zarik Khan
Naib ketua puteri: Nurul Amal Mohamad Fauzi

Ketua wanita: Datuk Noraini Ahmad
Naib ketua wanita: Norliza Abdul Rahim

Ketua pemuda: Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Naib ketua pemuda: Shahril Sufian Hamdan

No comments

Loading...