Header Ads

Anwar Ucap Terima Kasih, Hargai Dr Mahathir Ziarahnya Di Hospital


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat(PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana menziarahinya di hospital.

Semalam Dr Mahathir menziarahi Anwar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PMUM).

"Terima kasih dari saya dan (Datuk Seri Dr Wan) Azizah atas kelapangan masa Tun Dr Mahathir berkunjung menziarah saya di PPUM tatkala saya menerima rawatan.

Loading...


"Meski terkekang jadual yang padat, kami bersyukur atas keprihatinan beliau. Semoga Allah mengurniakan kemudahan & kesihatan yang berterusan," kata beliau dalam suatu hantaran di Facebook.



Sebelum ini pada sabtu, Ketua Umum PKR itu dikejarkan ambulan ke hospital dari rumahnya di Segambut, selepas mengadu kesakitan di bahunya selepas pulang dari Turki.

Suatu kenyataan dikeluarkan PKR sebelum ini berkata Anwar dalam keadaan stabil dan sedang menjalani rawatan serta tidak dibenarkan menerima pelawat.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya disebabkan kecederaan tulang belakang (Prolaps Disc).

“Pihak keluarga dinasihati dan diminta untuk tidak menerima kunjungan pelawat pada saat ini kerana beliau sedang menjalani rawatan penting dan masih dalam tempoh pemerhatian,” kata kenyataan itu. - Malaysian Update

No comments

Loading...