Header Ads

Anak Zahid Kalah Pemilihan Wanita Umno


Anak perempuan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Nurulhidayah gagal mendapat tempat 20 teratas dalam pemilihan barisan kepimpinan Wanita Umno bagi sesi 2018 - 2021.

Di hantaran Instagramnya beliau mengakui kekalahannya dan menyifatkan belum ada rezeki untuk pemilihan kali ini.

"Terima kasih atas sokongan dan doa kawan-kawan. Tiada rezeki buat saya dalam pemilihan kali ini untuk berdiri sebaris dengan barisan exco Wanita Umno Malaysia.

Loading...


"Perjuangan harus tetap diteruskan! Bagi saya, menang kalah adalah adat dalam pertandingan malahan inilah perancangan yang terbaik dari ALLAH yang telah tertulis buat saya.

"Memetik kata-kata dari seorang sahabat, keberanian untuk menjadi calon dan bertanding adalah permulaan kepada kemenangan," katanya.

Nurulhidayah juga menyarankan pengundian harus melibatkan seluruh ahli parti sekali gus dapat membuang budaya politik wang dalam kalangan ahli parti.

"....pengundian pucuk pimpinan perlu melibatkan keseluruhan ahli Umno.

"Ini sedikit sebanyak akan membuang terus budaya politik wang dikalangan ahli Umno dan Umno akan terlihat sebagai parti yang lebih telus," katanya.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Abd Rauf Yusoh dalam sidang media di Ibu Pejabat Umno sebentar tadi, mengumumkan Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad sebagai Ketua Wanita Umno yang baharu manakala naib ketuanya ialah Datuk Norliza Abdul Rahim.

Barisan lengkap 20 ahli exco dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

No comments

Loading...