Header Ads

Akhbar: BN Terima RM300 Juta Dana 1MDB Dari Akaun Najib


KUALA LUMPUR, 30 Jun ― Barisan Nasional menerima RM300 juta wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui akaun pengerusinya Datuk Seri Najib Razak.

Dana sebesar itu, termasuk RM145 juta kepada Umno, digunakan oleh parti tersebut untuk menghadapi pilihan raya umum 2013, lapor mingguan The Edge.


Loading...

Daripada jumlah ini, sumber memberitahu akhbar itu, Umno Selangor menerima RM19 juta, sementara Umno Johor menerima RM25 juta, melalui cek.

Jumlah RM145 juta ini daripada RM800 juta di dalam akaun AmBank milik bekas perdana menteri yang diambil daripada jualan bon 1MDB pada 2012 dan 2013.

Akhbar perniagaan itu menyebut Najib mempunyai beberapa akaun di bank tersebut, termasuk yang menerima RM2.6 bilion pada Mac 2013.

The Edge juga melaporkan penyiasat percaya Najib menerima sejumlah RM3.5 bilion dalam semua akaunnya yang digunakan untuk politik dan peribadi.

Beberapa hari lalu, pemangku presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi memaklumkan pihak berkuasa telah membekukakan akaun ibu pejabat Umno dan juga Umno Selangor.

- ProjekMM

No comments

Loading...