Header Ads

Akaun Umno Negeri Kedah, Termasuk 15 Umno Bahagian Dibekukan

Foto: Berita Harian

ALOR SETAR - Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengesahkan akaun Umno negeri dan 15 Umno Bahagian turut dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mantan Menteri Besar Kedah itu berkata, pihaknya menerima maklumat bahawa akaun Umno Kedah dan 15 Umno Bahagian termasuklah Alor Setar telah dibekukan.

Ahmad Bashah berkata, dia kecewa dengan tindakan pembekuan akaun berkenaan kerana dilihat ia mampu menjejaskan dan memberi kesan kepada banyak pihak khususnya pekerja.

“Selain akaun Umno pusat dibeku, kita dapati Umno Kedah dan peringkat bahagian turut dikenakan tindakan sama apabila 15 Bahagian Umno termasuklah Alor Setar telah dibekukan.

Loading...


“Duit segalanya ada dalam itu. Jadi macam mana kita nak bayar gaji pekerja di bekerja pejabat-pejabat Umno Bahagian samada di negeri atau bahagian kalau tak boleh ambil duit, “katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika ditemui dalam Majlis Perwakilan Umno Bahagian Kuala Kedah 2018 di Hotel Grand Alora, di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya bimbang pekerja berkenaan terpaksa dibuang, jikalau keadaan berterusan berikutan wang dalam akaun tidak boleh dikeluarkan.

Disebabkan itu, katanya, beliau merasakan tindakan membekukan akaun berkenaan seolah-olah telah menutup periuk nasi pekerja-pekerja di pejabat Umno.

Sehubungan itu, katanya, beliau berharap SPRM membenarkan sebahagian wang dari akaun yang dibekukan boleh dikeluarkan untuk tujuan itu.

“Kita minta SPRM benarkan untuk keluar sebahagian. Kita tunjuk banyak mana diperlukan untuk kegunaan pejabat, dan mereka bagilah. Janganlah beku terus macam tu,” katanya.

Menurutnya, jikalau wang berkenaan dibenarkan untuk kegiatan tak mengapa, tapi gaji pekerja mestilah dibenarkan untuk menggunakan wang itu.

Ahmad Bashah berkata, dia bimbang pekerja berkenaan akan kehilangan pekerjaan, sekali gus keluarga akan sengsara akibat tindakan itu.

Tambahnya, pihaknya berkenaan sewajarnya melihat banyak aspek terlebih dahulu sebelum  bertindak terus membekukan akaun memandangkan banyak pekerja terlibat.

“Katalah semua pekerja terlibat RM15,000, jadi mereka kena beri wang itu demi membolehkan bayaran gaji dibuat. Kalau dak kita nak ambil mana, makna kata pekerja kena berhenti sebab periuk nasi dibubuh pasir.

“Beribu orang pekerja terjejas . Jangan salahkan Umno, sebabkan kita kena hentikan pekerja sebab kita tak dak dah sumber kewangan untuk bayar gaji sebab akaun bank kena beku,” katanya.

- Sinar Harian

No comments

Loading...