Header Ads

Ajal main sorok-sorok


Warsaw: Seorang budak lelaki berusia tiga tahun mati lemas selepas mengunci dirinya dalam mesin basuh ketika bermain sorok-sorok dengan kakaknya.

Budak dikenali sebagai Marcel itu bermain dengan kakaknya berusia lima tahun ketika ibu bapa mereka tidur pada 18 Julai lalu dalam kejadian di Slupsk, utara Poland, lapor media tempatan.

Loading...

Menurut The Mirror, Marcel memanjat masuk ke dalam mesin basuh di dalam bilik air kediamannya dan mengunci dirinya di dalam alat itu.

Ibu bapanya menyedari kehilangannya selepas tidak mendengar suaranya lalu terus mencarinya. Bapanya menemuinya terkunci di dalam mesin basuh dan terus memanggil ambulans, lapor The News.

Malangnya, apabila paramedik tiba keadaan kanak-kanak itu sudah kritikal dan bantuan pernafasan diberikan selama hampir sejam setengah sebelum dia dibawa ke hospital berhampiran.


Marcel bagaimanapun tidak dapat diselamatkan dan disahkan mati enam jam kemudian. Laporan bedah siasat menunjukkan kanak-kanak itu mati akibat kekurangan oksigen.

No comments

Loading...