Header Ads

Loading...

Ahmad Maslan mahu mantapkan media sosial UMNO

AHMAD Maslan mahu kekal dalam MT UMNO untuk bawa pembaharuan. -Foto fail

AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mahu menggunakan pengalamannya untuk membawa pembaharuan kepada UMNO yang baru.

Loading...

Beliau akui persaingan merebut jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) lebih sengit kerana ramai yang menawarkan diri bertanding.

“Untuk mendapatkan barisan yang mantap, maka perlu adanya gabungan kepimpinan yang mempunyai pelbagai latar belakang pengalamannya.

“Barisan kepimpinan UMNO baharu ini masih memerlukan mereka yang berpengalaman untuk bekerjasama dengan orang muda dan orang baharu supaya parti ini terus mendapat sokongan ramai,” katanya ditemui di lobi Menara Dato Onn di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau yang juga Ketua Biro Teknologi Maklumat (IT) dan Media Sosial UMNO mengumumkan untuk mempertahankan jawatannya sebagai ahli MT.

Beliau sudah menghantar borang pencalonan semalam.

“Saya berazam untuk memperkukuhkan lagi saluran media UMNO kerana parti itu bukan lagi parti kerajaan.

“Dalam masa yang sama, akan memastikan media sosial UMNO dimantapkan kerana tidak lagi bergantung kepada saluran media arus perdana.


“Saya ada banyak pengalaman dan sudah bersama UMNO sejak 1989 lagi, dan menjawat pelbagai jawatan dalam parti. Saya percaya pengalaman ini dapat membantu UMNO untuk terus maju,“ katanya.

Mengulas pemilihan yang sengit kerana ramai menawarkan diri, beliau melihat persaingan sengit satu yang sihat.

Katanya, pemilihan kali ini menyaksikan lebih 140,000 ahli membuat pilihan, justeru tidak timbul isu politik wang dan mereka yang terpilih adalah pilihan ahli akar umbi.

-mymetro

No comments

Loading...