AG Baru Takkan Lepaskan Sesiapa Pun Dalam Siasatan 1MDB
Peguam negara baru Tommy Thomas berikrar akan menjadikan
pengurusan prosiding jenayah terharap dakwaan salah laku 1MDB sebagai
keutamaannya.
“Semua sama di sisi undang-undang dan tiada siapa pun akan
dilepaskan.
“Tidak akan ada cubaan menutup kes,” kata Thomas dalam
sidang media selepas memasuki pejabatnya hari ini, lapor Malaysiakini.
Katanya, beliau akan meneliti kertas siasatan berkaitan dan
menghubungi pihak berkuasa dalam bidang kuasa lain dalam hal itu.
Loading...
Beliau juga berkata akan menjadikan agenda pemansuhan
undang-undang yang menindas sebagai agenda utama dan memberitahu sudah
mempunyai “senarai panjang”.
Thomas berjanji akan tiada lagi pendakwaan terpilih dan
pihak tidak bersalah tidak perlu berasa bimbang.
“Malaysia sebuah negara yang bebas, kita tidak patut takut
pada ketukan pintu di tengah-tengah malam oleh anggota polis.
“Tetapi siapa yang melanggar undang-undang akan berdepan
undang-undang tidak kira apa kedudukan mereka.
“Di pihak saya, saya janji lakukan perkara yang betul,
iaitu, bercakap benar dan tegakkan keadilan.
“Keadilan bukan saja akan dilakukan tetapi dilihat
dilakukan,” katanya.
Isu pelantikan Thomas sebelum ini mencuri perhatian selepas
Majlis Raja-Raja dilapor mahukan calon beragama Islam.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bagaimanapun semalam
memperkenankan pelantikan itu semalam untuk dua tahun bermula 4 Jun.
Post a Comment