Header Ads

Ada hati nak masuk Malaysia balik...


LELAKI Bangladesh berusia 32 tahun yang dikehendaki dalam kes melacurkan dua anak perempuan teman wanitanya yang berusia 10 dan 13 tahun pada Oktober tahun lalu, ditahan pasukan polis ketika memasuki semula negara ini, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Ahad lalu.

Loading...

Sebelum ini pada November tahun lalu, ibu kanak-kanak terbabit dijatuhi hukuman penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen apabila mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan menganiayai dan melacurkan dua anak kandungnya.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar berkata, polis tidak pernah berhenti mengesan suspek.

“Hasil maklumat diterima oleh Jabatan Imigresen KLIA, polis mengesan suspek kes itu yang cuba memasuki semula negara ini,” katanya.

Susulan itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai berjaya menahan lelaki itu ketika baru tiba di KLIA daripada Bangladesh.

"Ini kes tahun lalu membabitkan dua beradik yang dilacurkan ibu mereka. Sebelum ini ibu mangsa sudah dihukum penjara 75 tahun, selain lapan lelaki Bangladesh turut ditahan dan didakwa di mahkamah," katanya pada sidang media, di Kulai, hari ini.

Dzulkhairi berkata, polis percaya suspek yang bekerja kilang sebelum ini melarikan diri dengan pulang ke negaranya selepas perbuatannya terbongkar dan dipercayai memasuki semula negara ini, Ahad lalu, kemungkinan untuk kembali bekerja di negara ini.


Katanya, hasil kawad cam yang dijalankan, kedua-dua mangsa mengenal pasti suspek sebagai lelaki yang dikehendaki dalam kes terbabit.

Beliau berkata, lelaki terbabit kini ditahan reman sehingga 9 Jun ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 376/372 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Pada 25 Oktober tahun lalu, polis menerima aduan daripada remaja perempuan berusia 13 tahun yang mendakwa dia dan adiknya yang berusia 10 tahun dilacurkan ibu kandung mereka kepada beberapa lelaki Bangladesh yang juga kenalan ibu mereka.

Susulan kes itu, polis menahan ibu kedua-dua mangsa itu dan 16 lelaki Bangladesh, sebelum seterusnya wanita itu dan lapan lagi didakwa mahkamah berhubung kes berkenaan.

Wanita berusia 39 tahun itu sudah dijatuhi hukuman penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, November lalu.

Mengikut fakta kes sebelum ini, kedua-dua mangsa terbabit dipaksa melakukan hubungan seks dengan dua lelaki warga Bangladesh secara bergilir-gilir di bilik hotel sambil disaksikan ibu mangsa.

Tertuduh didakwa melacurkan kedua-dua anak perempuannya sebanyak lima kali iaitu pada 1, 4, 5, 6 dan 7 Oktober dengan menerima bayaran RM50 bagi setiap kanak-kanak dan ada kalanya menerima bayaran RM1, RM5, RM10 dan RM20 selepas anaknya dilacurkan.

-mymetro

No comments

Loading...