Header Ads

9 maut, trak meletup


SEMBILAN maut apabila sebuah trak membawa bahan api meletup sehingga berlaku kebakaran besar melanda kawasan komersial di Lagos, semalam.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Suleiman Yakubu, berkata setakat ini, insiden berkenaan sudah mengorbankan lima mangsa dan jumlahnya dijangka meningkat.

Loading...

“Kebakaran merebak dengan cepat, sebaik sahaja letupan berlaku,” katanya kepada AFP.

Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari dalam satu kenyataan melahirkan rasa sedihnya apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu yang mengorbankan beberapa mangsa.

“Sungguh menyedihkan, ia adalah antara tragedi buruk yang pernah kita saksikan baru-baru ini,” katanya.

Dalam pada itu, Kor Keselamatan Jalan raya Persekutuan Nigeria dalam satu kenyataan di Twitter berkata, sekurang-kurangnya 54 kenderaan terbabit dalam kebakaran itu.

Insiden letupan bahan api sering berlaku di Nigeria iaitu negara pengeluar minyak terbesar di Afrika kerana ia dibawa menggunakan trak yang tidak diselenggara dengan baik.

“Kita perlu mencari jalan bagi memastikan semua pemandu trak lebih bertanggungjawab ketika memandu.


“Kita perlu bekerjasama dengan pelbagai agensi persekutuan supaya krisis seperti ini tidak berlaku lagi,” kata jurucakap kerajaan negeri Lagos, Kehinde Bamigbetan.

No comments

Loading...