Header Ads

Loading...

50 Ahli Umno Nekad Keluar Parti


JOHOR BAHRU - Seramai 50 individu mendakwa ahli Umno dari dua cawangan dalam Bahagian Johor Bahru mengumumkan keluar parti, hari ini.

Kesemua mendakwa merupakan ahli Umno Cawangan Desa Makmur dan Kampung Desa Jaya.

Salah seorang daripada ahli Umno Cawangan Desa Makmur, Abdul Razi Bugawe berkata, tindakan nekad tersebut diambil kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti di semua peringkat khususnya cawangan, lapor Sinar Harian.


Loading...

“Kami hilang kepercayaan kerana banyak perkara tidak telus berlaku.

“Malah apabila kami menyuarakan sesuatu isu atau permasalahan selama ini, suara kami seperti tidak didengari malah tiada tindakan diambil.

“Jadi, kami pilih untuk keluar parti secaraa beramai-ramai. Buat masa ini, kami tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti politik lain,” katanya ketika ditemui di Surau Al-Falah, Kampung Desa Makmur di sini hari ini.

Abdul Razi berkata, sebelum ini, ahli Umno di peringkat cawangan sudah beberapa kali bersuara tentang isu-isu yang berlaku di dalam kampung berkenan, tiada tindakan diambil.

Katanya, oleh itu, dengan beralihnya pentadbiran kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri, permasalahan akan dibawa kepada wakil rakyat kawasan demi pembelaan penduduk.

“Kami akan menghantar memorandum mengenai hasrat keluar daripada parti ini ke peringkat bahagian. Kami berharap bahagian akan menerima keputusan ini dengan terbuka,” katanya.

No comments

Loading...