Header Ads

2 Dicekup Bantu Siasatan Kes Bunuh Pemandu Grab


GOMBAK: Seorang lelaki dan wanita warga Myanmar ditahan, awal pagi tadi, bagi membantu siasatan kes bunuh pemandu Grab, Aiman Nosri, 27, yang ditemui meninggal dunia di dalam kereta miliknya di Taman Selayang Makmur, di sini, Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Tey Kong Seng berkata, lelaki dan wanita berkenaan ditahan di sekitar Selayang, di sini, kira-kira jam 1 pagi tadi.


Loading...

"Lelaki berusia 32 tahun dan wanita berusia lingkungan 20-an warga Myanmar itu ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Buat masa ini, siasatan lanjut masih dijalankan dan kami masih menyiasat hubungan kedua-dua individu berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Kong Seng enggan mengulas lanjut berhubung persoalan sama ada kedua-dua suspek adalah penumpang terakhir yang menggunakan khidmat Aiman.

Katanya, polis juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan masuk di lokasi kereta Perodua Myvi milik mangsa ditemui untuk mengetahui sejak bila kenderaan itu diletakkan di lokasi berkenaan.

"Mangsa dilaporkan hilang sejak 21 Jun lalu sebelum ditemui di dalam kenderaan berkenaan, Sabtu lalu.

"Setakat ini, tiada saksi yang melihat atau mengesahkan sejak bila kereta itu diletakkan di kawasan berkenaan," katanya.

NSTP melaporkan Aiman ditemui meninggal dunia dalam keadaan terlingkup di tempat duduk belakang kereta Produa Myvi berkenaan dengan bahagian kepala di bawah mengenai lantai kenderaan itu, manakala kakinya di atas jam 8.20 malam, Sabtu lalu.

- BH Online

No comments

Loading...