1MDB Tamatkan Perkhidmatan Arul Kanda, Dua Hari Sebelum Kontrak Berakhir
1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah memecat
presidennya merangkap ketua pegawai eksekutif, Arul Kanda Kandasamy (gambar)
berkuatkuasa Khamis, lapor The Edge.
Surat penamatan jawatan itu diserahkan kepada Arul Kanda
pada Khamis dan laporan tersebut mendakwa Arul Kanda dipecat atas alasan
mengabaikan tanggungjawabnya.
Loading...
Kontrak Arul Kanda sepatutnya tamat pada hujung Disember
2017, namun disambung lagi enam bulan bermula Januari tahun ini.
Usaha The Star untuk menghubungi Arul bagi mendapatkan
pengesahannya berkenaan perkara itu tidak berjaya ketika berita ini ditulis.
Penamatan kontrak tersebut berlaku dua hari lebih awal
daripada tarikh tamat kontrak yang sebenarnya pada 30 Jun.
Arul Kanda mula menyertai 1MDB pada Januari 2015.
Post a Comment