Header Ads

1MDB dakwa KPGM beri penilaian tidak adil


SHAH ALAM - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mendakwa Firma KPGM memberi penilaian tidak benar dan tidak adil berhubung penyata kewangan syarikat itu untuk tahun kewangan berakhir Mac 2010, 2011 dan 2012.

Loading...

Ahli Lembaga Pengarah 1MDB dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima surat bertarikh 8 Jun daripada firma itu.

“Dalam surat itu, KPMG menasihatkan kami bahawa 1MDB harus segera mengambil semua langkah-langkah yang diperlukan bagi mengelakkan pergantungan selanjutnya atau masa depan,” katanya.

Menurutnya, KPMG mencapai keputusan itu selepas laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dan dokumen berkaitan didedahkan kepada umum.

“Surat itu menyebut sekiranya dokumen telah didedahkan kepada juruaudit, KPMG percaya, ia akan memberi impak terhadap penyata kewangan dan Laporan Audit yang berkaitan.


“KPMG telah menasihatkan kami bahawa 1MDB harus memaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan status terkini Laporan Audit,” katanya.

No comments

Loading...