Header Ads

1MDB: Ahmad Said Beri Kenyataan Kepada SPRM Hari Ini


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Said akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini bagi memberi keterangan berhubung satu laporan rasuah dan penyelewengan, dipercayai berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau yang dihubungi oleh Astro AWANI pagi ini mengesahkan perkara itu dan menyatakan beliau akan hadir bagi membantu siasatan.


Loading...

"Ya, saya telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan kini sedang bersiap sedia untuk bergerak ke Putrajaya. Saya kena keluar awal sikit sebab tak berapa tahu jalan untuk ke sana," kata mantan menteri besar Terengganu itu.

Beliau yang baharu sahaja menyertai sesi Dialog Naib Presiden UMNO Astro AWANI malam tadi bagaimanapun tidak memberikan gambaran terperinci mengenai kes penyelewengan yang bakal beliau berikan kepada SPRM nanti, namun percaya ia ada kaitan dengan isu 1MDB.

Ahmad, yang juga ADUN Kijal, juga memberitahu beliau sememangnya bersedia untuk memberikan kerjasama kepada SPRM.

Semalam, seorang bekas pegawai khas kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes 1MDB.

No comments

Loading...