Header Ads

Loading...

Wartawan, penyokong berkumpul demi Anwar


PULUHAN wartawan tempatan dan antarabangsa memenuhi pekarangan Unit Kemasukan Pesakit Wad di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur sejak 7 pagi tadi menanti pembebasan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Loading...

Pemimpin reformasi itu dijangka dibebaskan kira-kira 5 petang ini selepas Lembaga Pengampunan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara, 11 pagi hari ini selesai bersidang.

Sementara itu, kawalan keselamatan di pintu masuk Hospital Rehabilitasi Cheras ketat dengan pemeriksaan dilakukan pengawal keselamatan terhadap setiap kenderaan yang hendak masuk.


Penyokong Anwar bagaimanaPUN tidak dibenarkan masuk ke pusat ini atas faktor keselamatan dan hanya berkumpul di luar pintu masuk.

-mymetro

No comments

Loading...