Header Ads

[UPDATE] Rampas barang peribadi Najib dari rumah Taman Duta

KENDERAAN polis mula bergerak memasuki kediaman Datuk Seri Najib Razak di Taman Duta. FOTO Supian Ahmad

TIADA dokumen dirampas dari kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Loading...

Seorang daripada peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal berkata, sebaliknya beberapa barangan peribadi antaranya beg tangan, pakaian serta barangan berbentuk hadiah diambil polis sebagai barang bukti.

Harpal berkata, Najib dan ahli keluarganya memberi kerjasama penuh kepada pegawai polis ketika serbuan itu.

Tinjauan wartawan di lokas mendapati, anggota polis menggerakkan trak polis menghampiri pintu masuk kediaman Najib pada 3.50 pagi dipercayai untuk mengangkut barangan bukti itu dari kediaman terbabit.


Sehingga 4.45 pagi tadi, polis masih berada di kediaman Najib.

Difahamkan, mereka dalam proses mengakhiri operasi itu selepas lebih enam jam mengumpul barang bukti dari kediamannya.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan serbuan ke atas rumah bekas Perdana Menteri, malam tadi.

Beliau yang dihubungi NSTP, memaklumkan serbuan berkenaan dilakukan untuk tujuan penggeledahan dokumen.

Lebih 15 kenderaan dan sebuah trak polis masuk ke perkarangan rumah bekas Perdana Menteri di Taman Duta di Kuala Lumpur itu, 10.15 malam tadi.

-mymetro

No comments

Loading...